Monday 8 June 2015

'FAMILY GATHERING'

Tek : Mardziah Bt. Marjohan

Alhamdulillah....

Syukur kehadrat Allah diberi kesempatan pada kami untuk berkumpul sebelum Ramadhan Al-Mubarak...

Program ni sebenarnya lebih kepada membincangkan hal-hal perkahwinan adik-adik dan sepupu-sepupu yang ramai nk kahwin selepas raya ni. Excited!

Kami semua start berkumpul di rumah Pak Teh sebelum Maghrib, sbb aturcaranya bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah. Selesai sembahyang Maghrib, disusuli dengan bacaan tahlil untuk kaum keluarga yang telah meninggal. 




Selesai tahlil.... Apalagi.... baca doa makan lah.... kalini semua pakat bawak juadah masing - masing.

TADAAA.....




Tak sabar nk makan dah tu....
Selesai makan kami semua standby untuk Agenda utama iaitu perbincangan berkenaan perkara-perkara untuk Majlis-majlis perkahwinan yang bakal diadakan.

Setiausaha majlis sedang sibuk menaip maklumat
Pembantu Setiausaha
Psssst.... Setiausaha tu pun bakal pengantin jugak... tp yang yg pembantu tu dh ada anak satu ya....  

Secara kesimpulannya, ada 5 bakal pengantin yang akan mengadakan majlis bermula 5 Ogos 2015. Kami semua teruja sbb ni merupakan tahun paling banyak sepupu kahwin. Semua tengah kira-kira banyak baju nak kena beli.....  

Pesanan untuk bakal-bakal pengantin, galilah ilmu-ilmu rumahtangga dari sekarang. 



No comments:

Post a Comment