Sunday 3 February 2019

Mengapa ramai business owner gagal dalam mengurus CASHFLOW

Apakah maksud cashflow?

CASHFLOW dalam bahasa Melayu adalah ALIRAN TUNAI.
Terbahagi kepada dua, iaitu aliran tunai masuk dan juga aliran tunai keluar.
Aliran tunai masuk melibatkan semua duit masuk yang datang dari aktiviti perniagaan atau jualan kita dan juga modal. Manakala aliran tunai keluar merupakan semua duit yang dikeluarkan untuk pembayaran semua perbelanjaan. Contohnya kos pembelian barang, sewa,utiliti,pengangkutan dan lain-lain.

Namun ramai business owner yang tidak mengambil berat tentang CASHFLOW mereka. Antara sebab - sebabnya:

1. Kurang ilmu pengetahun tentang kewangan perniagaan yang betul.

2. Merasakan penyusunan CASHFLOW yang betul adalah perkara remeh dan hanya perlu dibuat apabila perniagaan telah berkembang sahaja.

3. Business Owner tidak menjalankan prinsip yang betul iaitu, perlu mengasingkan duit perniagaan dan duit sendiri.

4. Business Owner EGO! lebih suka ikut kata hati dari menyusun CASHFLOW dengan betul.

5.

6.

Saturday 1 April 2017

Kembali

Assalamu'alaikum semua,

Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera

Wah cepatnya masa berlalu kan arini dah 1st day bulan April 2017, maknanya dah berlalu suku tahun pertama dah bagi tahun 2017. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus berjuang dalam mengejar matlamat & impian kita.

Sedar tak sedar dah setahun lebih saya menyepi dari menulis blog, berabok dah blog...
InShaAllah saya berazam untuk kembali menulis blog & berkongsi sedikit sebanyak pengalaman & kepakaran.



Let's start

Doakan saya konsisten dalam perkongsian

Friday 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Tek: Mardziah Bt. Marjohan


Alhamdulillah
Diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus bernafas meneruskan kehidupan di tahun baru ini.

Hampir 6 bulan tidak menjenguk blog...
semua blog-blog saya terbengkalai atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, nanti saya cerita ye.

Selamat Tahun Baru 2016

Seperti biasa semua orang akan ada AZAM Tahun baru masing-masingkan?

Saya doakan anda semua istiqomah dalam menempuhi perjalanan mencapai azam anda.

Monday 8 June 2015

'FAMILY GATHERING'

Tek : Mardziah Bt. Marjohan

Alhamdulillah....

Syukur kehadrat Allah diberi kesempatan pada kami untuk berkumpul sebelum Ramadhan Al-Mubarak...

Program ni sebenarnya lebih kepada membincangkan hal-hal perkahwinan adik-adik dan sepupu-sepupu yang ramai nk kahwin selepas raya ni. Excited!

Kami semua start berkumpul di rumah Pak Teh sebelum Maghrib, sbb aturcaranya bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah. Selesai sembahyang Maghrib, disusuli dengan bacaan tahlil untuk kaum keluarga yang telah meninggal. 




Selesai tahlil.... Apalagi.... baca doa makan lah.... kalini semua pakat bawak juadah masing - masing.

TADAAA.....




Tak sabar nk makan dah tu....
Selesai makan kami semua standby untuk Agenda utama iaitu perbincangan berkenaan perkara-perkara untuk Majlis-majlis perkahwinan yang bakal diadakan.

Setiausaha majlis sedang sibuk menaip maklumat
Pembantu Setiausaha
Psssst.... Setiausaha tu pun bakal pengantin jugak... tp yang yg pembantu tu dh ada anak satu ya....  

Secara kesimpulannya, ada 5 bakal pengantin yang akan mengadakan majlis bermula 5 Ogos 2015. Kami semua teruja sbb ni merupakan tahun paling banyak sepupu kahwin. Semua tengah kira-kira banyak baju nak kena beli.....  

Pesanan untuk bakal-bakal pengantin, galilah ilmu-ilmu rumahtangga dari sekarang. 



Thursday 5 February 2015

JANUARI YANG SIBUK

Tek: Mardziah Bt. Marjohan

Salam semua...

Pejam celik pejam celik kita dah masuk dah nak habis minggu pertama bulan Februari 2015.
Wah! Sungguh cepat masa berlalu.... Rutin harian yang sangat padat dengan tugasan dan aktiviti harian rasa macam tak sempat nak kejar suma benda. Tergendala sekejap projek penulisan saya. In Sha Allah saya akan susun masa agar dapat berkongsi mengenai catatan harian saya. 

Oklah saya kongsi skit apa yang sibuk sangat saya bulan Januari lepas sampai tak sempat nk jengok blog. Untuk makluman anda semua, saya sekarang masih bekerja dengan pemborong produk-produk kesihatan dan kecantikan. Saya berkerja sebagai Akaun Eksekutif, jadi faham-fahamlah awal tahun adalah masa untuk mengemaskini akaun. Di samping, kami sedang membuat persediaan untuk menghadapi GST yang akan bermula April nanti. Banyak benda yang perlu dikemaskini dan upgrade antaranya system perakaunan, stok dll. In Shaa Allah di masa hadapan saya kongsikan pasal GST plak ye.

  
Apa yang penting pada peniaga di luar sana. Upgrade ilmu tentang perakaunan, terutama konsep-konsep perakuana yang penting-penting, pastikan diri anda mempunyai ilmu tentang perakauan. Selain itu, kemaskini dokumen perniagaan anda supaya tersusun dan kemas mengikut tajuk-tajuk yang perlu. Ok lah semoga kita dapat jumpa lagi...


Sunday 21 December 2014

Pengenalan

Tek: Mardziah Bt. Marjohan



Bismillahhirahmanirrahim.

        Salam Perkenalan dari saya untuk semua pengunjung blog ini, terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri saya tuan empunya rumah. Nama saya Mardziah Binti Marjohan berasal dari Kuala Lumpur. Saya telah berkahwin dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang menjadi penyeri perkahwinan kami.
       Saya mendapat pendidikan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Perakaunan. Semasa zaman belajar lagi saya memang suka membuat kerja-kerja partime, selain menambah duit poket dapat juga mengisi masa lapang. Antara kerja-kerja partime yang saya buat ialah HOME TUITION, Interviewer dan QC. Bagi perkhidmatan home tuition/ home tutor saya hanya fokuskan subjek Prinsip Akaun Ting.4 & Ting.5, cuma kadang-kadang mengajar subjek lain yang berkaitan. Bila saya tamat belajar bermulalah episod saya mencari pengalaman dalam bidang yang saya pelajari. Pengalaman bekerja dibeberapa buah syarikat swasta & sektor awan sejak tahun 2005 banyak memberi pengajaran dalam meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang yang saya ceburi, sehingga sekarang saya masih bekerja mengurus akaun perniagaan makcik saya.  Selain itu, pengalaman yang lebih bermakna bila saya dapat mengenali berbagai ragam manusia ciptaan Tuhan. 
         Alhamdulilah saya meraikan hari bahagia saya pada tahun 2010, dan dikurniakan sepasang cahaya mata pada tahun 2011 dan 2012. Semasa saya mendapat anak pertama saya tidak bekerja, memandangkan kontrak saya dengan sebuah jabatan kerajaan telah tamat, saya mengambil keputusan untuk menjaga anak saya sendiri. Dari sini lah bermulanya pengalaman saya berniaga. Saya dan bapa saya mengambil keputusan untuk membuka Pusat Terapi Elektrostatik dan Produk-produk kesihatan dan Kecantikan. Namun di sebabkan beberapa kelemahan dan masalah bersama Majlis Perbandaran kami mengambil keputusan untuk menutup perniagaan kami. In Shaa Allah, jika berkesempatan nanti akan saya kongsikan kisah jatuh bangun business saya. Selepas kami mengambil keputusan untuk menutup kedai, saya hanya menjalankan perniagaan secara online produk-produk kesihatan dan kecantikan melalui blog bestshoppemania.blogspot.com sambil membesarkan kedua-dua anak saya. 
       Cerita tentang tulis blog saya memang dah lama teringin nk tulis blog namun kekangan masa dan kurang ilmu dalam menulis membuatkan saya penulisan saya terbatas dan sering tergendala. Harapan saya agar dapat menimba ilmu dalam penulisan blog bersama group ABDR dan menambah kenalan dari berbagai peringkat dan latar belakang.