Monday, 8 June 2015

'FAMILY GATHERING'

Tek : Mardziah Bt. Marjohan

Alhamdulillah....

Syukur kehadrat Allah diberi kesempatan pada kami untuk berkumpul sebelum Ramadhan Al-Mubarak...

Program ni sebenarnya lebih kepada membincangkan hal-hal perkahwinan adik-adik dan sepupu-sepupu yang ramai nk kahwin selepas raya ni. Excited!

Kami semua start berkumpul di rumah Pak Teh sebelum Maghrib, sbb aturcaranya bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah. Selesai sembahyang Maghrib, disusuli dengan bacaan tahlil untuk kaum keluarga yang telah meninggal. 




Selesai tahlil.... Apalagi.... baca doa makan lah.... kalini semua pakat bawak juadah masing - masing.

TADAAA.....




Tak sabar nk makan dah tu....
Selesai makan kami semua standby untuk Agenda utama iaitu perbincangan berkenaan perkara-perkara untuk Majlis-majlis perkahwinan yang bakal diadakan.

Setiausaha majlis sedang sibuk menaip maklumat
Pembantu Setiausaha
Psssst.... Setiausaha tu pun bakal pengantin jugak... tp yang yg pembantu tu dh ada anak satu ya....  

Secara kesimpulannya, ada 5 bakal pengantin yang akan mengadakan majlis bermula 5 Ogos 2015. Kami semua teruja sbb ni merupakan tahun paling banyak sepupu kahwin. Semua tengah kira-kira banyak baju nak kena beli.....  

Pesanan untuk bakal-bakal pengantin, galilah ilmu-ilmu rumahtangga dari sekarang. 



Thursday, 5 February 2015

JANUARI YANG SIBUK

Tek: Mardziah Bt. Marjohan

Salam semua...

Pejam celik pejam celik kita dah masuk dah nak habis minggu pertama bulan Februari 2015.
Wah! Sungguh cepat masa berlalu.... Rutin harian yang sangat padat dengan tugasan dan aktiviti harian rasa macam tak sempat nak kejar suma benda. Tergendala sekejap projek penulisan saya. In Sha Allah saya akan susun masa agar dapat berkongsi mengenai catatan harian saya. 

Oklah saya kongsi skit apa yang sibuk sangat saya bulan Januari lepas sampai tak sempat nk jengok blog. Untuk makluman anda semua, saya sekarang masih bekerja dengan pemborong produk-produk kesihatan dan kecantikan. Saya berkerja sebagai Akaun Eksekutif, jadi faham-fahamlah awal tahun adalah masa untuk mengemaskini akaun. Di samping, kami sedang membuat persediaan untuk menghadapi GST yang akan bermula April nanti. Banyak benda yang perlu dikemaskini dan upgrade antaranya system perakaunan, stok dll. In Shaa Allah di masa hadapan saya kongsikan pasal GST plak ye.

  
Apa yang penting pada peniaga di luar sana. Upgrade ilmu tentang perakaunan, terutama konsep-konsep perakuana yang penting-penting, pastikan diri anda mempunyai ilmu tentang perakauan. Selain itu, kemaskini dokumen perniagaan anda supaya tersusun dan kemas mengikut tajuk-tajuk yang perlu. Ok lah semoga kita dapat jumpa lagi...