Bismillahhirahmanirrahim.
Salam Perkenalan dari saya untuk semua pengunjung blog ini, terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri saya tuan empunya rumah. Nama saya Mardziah Binti Marjohan berasal dari Kuala Lumpur. Saya telah berkahwin dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang menjadi penyeri perkahwinan kami.
Saya mendapat pendidikan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Perakaunan. Semasa zaman belajar lagi saya memang suka membuat kerja-kerja partime, selain menambah duit poket dapat juga mengisi masa lapang. Antara kerja-kerja partime yang saya buat ialah HOME TUITION, Interviewer dan QC. Bagi perkhidmatan home tuition/ home tutor saya hanya fokuskan subjek Prinsip Akaun Ting.4 & Ting.5, cuma kadang-kadang mengajar subjek lain yang berkaitan. Bila saya tamat belajar bermulalah episod saya mencari pengalaman dalam bidang yang saya pelajari. Pengalaman bekerja dibeberapa buah syarikat swasta & sektor awan sejak tahun 2005 banyak memberi pengajaran dalam meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang yang saya ceburi, sehingga sekarang saya masih bekerja mengurus akaun perniagaan makcik saya. Selain itu, pengalaman yang lebih bermakna bila saya dapat mengenali berbagai ragam manusia ciptaan Tuhan.
Alhamdulilah saya meraikan hari bahagia saya pada tahun 2010, dan dikurniakan sepasang cahaya mata pada tahun 2011 dan 2012. Semasa saya mendapat anak pertama saya tidak bekerja, memandangkan kontrak saya dengan sebuah jabatan kerajaan telah tamat, saya mengambil keputusan untuk menjaga anak saya sendiri. Dari sini lah bermulanya pengalaman saya berniaga. Saya dan bapa saya mengambil keputusan untuk membuka Pusat Terapi Elektrostatik dan Produk-produk kesihatan dan Kecantikan. Namun di sebabkan beberapa kelemahan dan masalah bersama Majlis Perbandaran kami mengambil keputusan untuk menutup perniagaan kami. In Shaa Allah, jika berkesempatan nanti akan saya kongsikan kisah jatuh bangun business saya. Selepas kami mengambil keputusan untuk menutup kedai, saya hanya menjalankan perniagaan secara online produk-produk kesihatan dan kecantikan melalui blog bestshoppemania.blogspot.com sambil membesarkan kedua-dua anak saya.
Cerita tentang tulis blog saya memang dah lama teringin nk tulis blog namun kekangan masa dan kurang ilmu dalam menulis membuatkan saya penulisan saya terbatas dan sering tergendala. Harapan saya agar dapat menimba ilmu dalam penulisan blog bersama group ABDR dan menambah kenalan dari berbagai peringkat dan latar belakang.